Perdana Menteri Terpaksa Kuarantin, Konteks Rapat Kepada Pesakit Covid-19

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terpaksa melakukan kuarantin kendiri di rumah.

Menurut kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri, ini adalah kerana Perdana Menteri disahkan menjadi kontaks rapat kepada pesakit Covid-19.

Berikutan dengan itu, Perdana Menteri tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurnian Surat Cara Perlantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Selain itu, pada Upacara Sambutan Hari Kemerdekaan yang dijadualkan berlangsung esok di Dataran Pahlawan Putera Jaya esok Perdana Menteri akan menyertai secara maya.

Datuk Ismail Sabri Yaakob telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-9, beliau telah membentuk barisan kabinet Jamaah Menteri yang baharu dan kesemua mereka dijangka mengangkat sumpah pada hari ini.

Terdahulu Yang Dipertuan Agung, telah berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Abdulaziz di Kuantan, Baginda berkenan menerima senarai anggota jemaah kabinet yang baharu dari Perdana Menteri.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: