Perjalanan Mimpi Yang Terakhir PMYT Ajaran yang Sesat – Mufti Perlis

Tular di media sosial mengenai ajaran yang dibawa oleh seorang perempuan yang dikenali sebagai Mashitah, 39 tahun.

Menurut media, fahaman yang diberi nama Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) itu mempunyai ramai pengikut, ada diantara mereka terdiri dari golongan intelek.

Mashitah mendakwa beliau telah bermimpi dibawa ke langit, diperlihatkan suasana neraka yang mengerikan juga ditunjukkan kepada beliau keindahan syurga.

Mashitah juga mendakwa diperlihatkan akan berlaku huru hara di Malaysia, beliau juga memberitahu akan ada serangan nuklear di seluruh dunia.

Beliau menjelaskan secara terperinci tempat dimana bom nuklear akan dijatuhkan, termasuk yang akan dijatuhkan di Malaysia namun sempat diselamatkan oleh Pakistan, akhirnya bom nuklear itu tersasar ke Thailand.

Selain itu pelbagai lagi dakwaan yang tidak boleh diterima oleh akal yang dibuat oleh Mashitah, seperti beliau mendakwa telah bertemu dengan Nabi Muhammad SAW dalam keadaan jaga.

Menurut Mufti Perlis, Dr Mohd Asri menyifatkan dakwaan yang dibuat oleh Mashitah adalah mengarut lagi khurafat.

Dr Mohd Asri berkata panduan mimpi dalam islam memang diiktiraf dengan beberapa dalil tetapi hanya kepada mereka yang soleh dan bukan seperti dakwaan perempuan tersebut.

Menurut Mohd Asri lagi, kumpulan ini mempunyai ribuan pengikut, kebanyakan mereka sudah mempersiapkan diri untuk peperangan akhir zaman dengan membeli peralatan seperti anak panah.

Mereka juga bersiap sedia untuk perjalanan ke Sam bersama Imam Mahdi, mereka mensasarkan lokasi sempadan negara termasuk negeri Perlis.

Susulan itu beberapa laporan polis telah dibuat oleh beberapa NGO terhadap kumpulan PMYT tersebut. Pihak NGO mengesa agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan segera terhadap gerakan ini, bimbang akan menimbulkan kekacauan dalam masyarakat.

Kumpulan PMYT dilaporkan bergiat aktif di laman sosial dan membuka beberapa akaun telegram untuk disertai oleh ahli ahli mereka.

Diharapkan umat islam di negara ini tidak mudah terpengaruh dengan fahaman yang karut dan sesat.

Gambar Hiasan

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Harian Metro

Leave a Reply

%d bloggers like this: