Tahniah ‘Badang’ Paralimpik Negara Sumbang Pingat Ke Dua Buat Malaysia

Atlet Paralimpik Negara, Jong Yee Khie hari ini menyumbang pingat emas ke dua buat Malaysia pada Sukan Paralimpik di Tokyo, Jepun.

Yee Khie menerusi percubaan kedua berjaya mengangkat beban seberat 237 kg pada acara Powerlifting 107 kg lelaki. Ini membolehkan beliau mendapat pingat perak, iaitu pingat ke dua untuk Negara selepas Bonnie menghadiahkan pingat Emas semalam.

Pendandang rambut berusia 32 tahun dari Batu Kawa itu tidak berjaya untuk memperbaiki kedudukannya selepas tidak berjaya pada percubaan ketiga untuk mengangkat bebanan seberat 245 kg.

Namun ini adalah pencapaian terbaik buat Yee Khie apabila sebelum ini pada Sukan Paralimpik di Brazil 2016 beliau hanya menduduki di tempat yang ke tujuh.

Sementara itu pingat emas dimenangi atlet Mongolia Sodnompiljee Enkhbayar dengan angkatan terbaik 245kg, yang merupakan rekod baharu Paralimpik dalam kategori itu.

Sebelum itu pada acara Powerlifting kategori lelaki 72 kg, atlet Paralimpik Negara Bonnie Bunyau Gustin telah berjaya memecahkan rekod sukan Paralimpik dengan mengangkat bebanan seberat 228 kg. Sekaligus menghadiahkan Pingat Emas pertama buat Malaysia.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Astro Awani

Leave a Reply

%d bloggers like this: