Sukan Paralimpik, Ziyad Zolkefli Hadiah Pingat Emas Kedua Negara Pada Hari Kebangsaan ke-64

Ziyad Zolkefli menepati ramalan apabila meraih pingat Emas bagi acara Lontar Peluru Sukan Paralimpik Tokyo Jepun 2020.

Lebih membanggakan, Ziyad juga memecahkan rekod dunia bagi acara lempar peluru F20 kategori lelaki.

Dengan balingan sejauh 17.94 Meter, Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya menghadiahkan Pingat Emas buat negara, hadiah yang bermakna sempena sambutan hari kemerdekaan negara yang ke 64 tahun.

Ini adalah pingat emas kedua yang berjaya diraih oleh Kontinjen Paralimpik Negara, sebelum ini Bonnie Bunyau Gustin juga telah berjaya meraih pingat emas bagi kategori lelaki 72 kg acara Powerlifting dengan angkatan seberat 228 kg.

Mohammad Ziyad, 30 tahun merupakan atlet Paralimpik Negara. Pencapaian terbaik beliau sebelum ini memenangi pingat Emas pada kejohanan Paralimpik di Rio De Jeneiro 2016.

Atlet Paralimpik Negara tidak pernah mengecewakan, mereka telah menghadiahkan 2 pingat emas dan 1 pingat perak setakat ini pada kejohonan yang sedang berlangsung di Tokyo Jepun.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada atlet lain dan diharapkan mereka mampu menyumbang sesuatu buat negara.

Tahniah kepada mereka semua.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: