Tahniah, Issey Titan Dapat Anak Pertama Pada Hari Merdeka

Sambutan hari kemerdekaan tahun ini menjadi hari yang sangat bermakna buat Issey kerana beliau dikurniakan anak pertama.

Issey yang merupakan seorang penyampai radio Gegar memuat naik berita gembira itu di halaman Facebook milik beliau.

Bayi lelaki bertuah itu lahir betul betul pada hari sambutan Kemerdekaan Malaysia, iaitu pada 31 Ogos 2021, jam 1.48 petang.

“31 Ogos 2021. Jam 1.48 PM. Kamu telah merdeka dari perut ibu. Lahirlah zuriat issey yang pertama. Puteraku, Semoga menjadi anak yang soleh dan bebakti kepada keluarga, agama dan negara . Selamat Hari Kebangsaan sayang. Anak Merdeka” Issey Titan

Ramai peminat mengucapkan tahniah serta berkongsi kegembiraan dengan Issey serta Isteri diatas berita gembira tentang kelahiran bayi ‘merdeka’ mereka itu.

Beliau yang merupakan seorang pelakon, pelawak, penyampai radio serta pengacara, merupakan bakat yang lahir dari program Bintang Mencari Bintang.

Tidak lupa Pelawak, Pengarah dan Pelakon terkenal tanahair Sabri Yunus yang merupakan mentor kepada Issey turut mengucapkan tahniah dan bangga atas kelahiran anak Issey yang jatuh pada hari kemerdekaan Malaysia yang ke 64.

“Alhamdulillah.. Tahniah Issey.. turut merasa bahagia dan bangga.. anak ini akan disambut tarikh lahirnya seluruh rakyat Malaysia tak mengira bangsa..semoga selain jadi anak ayah/bonda juga jadi anak negara..” Sabri Yunus

Issey dan isterinya Aimi berkahwin pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Facebook Issey Fazlisham

Leave a Reply

%d bloggers like this: