Uncle Kemalangan Dekat Lebuhraya, Satu Jam Tahan Tidak Ada Orang yang Berhenti

Tular satu perkongsian di halaman Facebook oleh lelaki yang bernama Zulkamal Azizi bin Ramli mengenai satu kemalangan di lebuhraya.

Seorang Uncle mengalami kemalangan, kereta yang dipandu kelihatan terbabas ke dalam longkang.

Menurut Zulkamal, Uncle tersebut cuba meminta bantuan dari orang ramai dengan menahan kereta yang lalu. Namun hampir satu jam tidak ada yang berhenti memberikan pertolongan.

Kebetulan beliau lalu disitu, seterusnya membantu Uncle tersebut untuk menghubungi PLUS iaitu syarikat konsesi yang bertanggungjawab menguruskan lebuh raya utara selatan.

“Kesian uncle ni sejam accident! Tahan orang takda yang berhenti..” luah Zulkamal.

“Kebetulan aku lalu dia lambaiĀ² tahan aku.. Aku tanya tak call plus ke? Dia kata tak tau no.. Sebab tu abam setiap kali kalau nampak accident kat highway abam akan call plus.. Sebab apa? Kemungkinan yang accident ni macam uncle ni la. Taktau apa..”

Beliau sempat berpesan kepada pengguna lebuhraya agar menyimpan nombor telefon PLUS atau pengendali lebuhraya yang lain, agar boleh dihubungi ketika berlaku perkara yang tidak diingini.

Ramai pengguna media sosial memuji apa yang dilakukan oleh Zulkamal kepada Uncle tersebut, bukan semua mampu bertindak seperti beliau.

Disini kami kongsikan nombor telefon PLUS 1800-88-0000, boleh hafal. Tak boleh pun takpe, nombor hotline PLUS ada dekat tiket tol anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Facebook

Leave a Reply

%d bloggers like this: