Jalur Gemilang Berkibar Di Bumi Gaza, ‘Malaysia Street’ Palestin Namakan Sebuah Jalan dengan Nama Malaysia

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 64 semalam, bendera Malaysia Jalur Gemilang berkibar megah di bumi Palestin.

Ini selepas Kerajaan Palestin telah menamakan sebuah jalan disana dengan nama Malaysia, iaitu ‘Malaysia Street’.

Ini merupakan hadiah yang bermakna buat rakyat Malaysia, penghargaan yang diberikan oleh kerajaan Palestin membuktikan betapa erat hubungan antara Malaysia dan Palestin.

“Sebahagian tanah Palestin kini dinamakan dengan nama negara kita, Malaysia” Tulis Nadir Al Nuri di hantaran instagram milik beliau.

Nadir Al Nuri memaklumkan berita gembira ini di akaun instagramnya. Kata beliau, ini adalah hadiah paling besar dari Palestin buat Malaysia sempena sambutan hari kebangsaan yang ke 64.

Menurut Nadir, Malaysia Street adalah sebuah jalan yang penting yang terletak di tengah bandar Gaza. Ia berdekatan dengan universiti, bangunan bangunan kerajaan dan bangunan pertubuhan antarabangsa.

Perasmian jalan Malaysia Street dilakukan oleh Datuk Bandar Gaza, Dr Yahya Alsaraj, CEO Cinta Gaza Malaysia Nadir Al Nuri, Pengarah My care di Gaza dan wakil wakil media.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Instagram Nadir Al Nuri

Leave a Reply

%d bloggers like this: