Kisah Profesor Jackie Ying Saintis Hebat dari Singapura Memeluk Islam

Professor Jackie Ying, seorang saintis Nanoteknologi di Amerika Syarikat dan juga merupakan Pengarah Eksekutif Institut Biokejuruteraan Teknologi IBN di Singapura.

Dilahirkan di Taipei, Taiwan pada tahun 1966, beliau kemudian mengikuti keluarganya berpindah ke Singapura pada tahun 1973.

Pada awal pendidikan beliau telah bersekolah di Rulang Primary School dan kemudian ke Raffles Girls School, yang mana majoriti pelajar di kedua dua sekolah tersebut adalah berbangsa Cina.

Apabila berpindah ke sekolah menengah barulah Profesor Jackie Ying mengetahui terdapat pelbagai kepercayaan agama yang dianuti oleh pelajar pelajar di sana.

Di situlah detik Professor Jackie Ying mula mencari jawapan kenapa manusia diciptakan dan apakah tujuan hidup di dunia ini. Beliau menyedari segala persoalan itu hanya boleh dijawab dengan Agama. Kemudian beliau mula membuat kajian keatas semua agama yang terdapat di atas dunia ini.

Ketika berusia 15 tahun keluarganya telah berpindah ke New York, Amerika Syarikat. Beliau kemudian mendapat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Cooper Unions pada tahun 1987.

Selepas iu beliau berjaya mendapat Ijazah Sarjana di Universiti Princeton pada tahun 1988, kemudian mendapat PHD pada tahun 1991, kedua duanya dalam bidang Jurusan Chemical Engineering.

Detik Professor Jackie Ying menemui hidayah dan memeluk Islam pada tahun 2001 ketika dia berkhidmat sebagai Profesor Madya di Jabatan Kejuruteraan Kimia di Institut Teknologi Massachusetts Amerika Syarikat. Pada tahun yang sama beliau telah dilantik menjadi Professor termuda disana iaitu pada usia 35 tahun.

Apa yang menarik, Professor Ying berkata keputusan beliau untuk memeluk Islam adalah sangat mudah dan tidak sukar. Menurut beliau lagi Islam adalah agama yang mudah dan tidak sukar difahami, konsep ketuhanan didalam islam sangat mudah tidak seperti agama lain yang sangat rumit kata Professor Ying.

Menurut beliau, apabila pertama kali membaca kitab suci umat islam iaitu AlQuran beliau dapat merasakan kitab tersebut sangat istimewa dan luar biasa. Kata Professor Ying lagi ilmu saintifik yang dipelajari oleh manusia kini sudah pun tertulis di dalam AlQuran lebih 1400 tahun yang lalu.

Tambah Professor Ying, Islam menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu, dengan ilmu ini kita dapat membantu ramai orang. Bagi beliau ilmu dan kajian saintifik ini menunjukkan wujudnya Sang Pencipta yang Maha Hebat iaitu Allah SWT. Belia juga menyangkal hujah saintis barat yang mengatakan sains dan agama berbeza.

“Jika kamu benar benar mempelajari ilmu sains, kamu tidak boleh lari daripada mengatakan bahawa adanya Sang Pencipta” Professor Jackie Ying

Antara pencapaian beliau, pada tahun 2008 nama beliau telah didaftarkan dalam ‘100 Engineers of The Modern Era’ oleh American Institute of Chemical Engineers.

Selain itu nama beliau juga tersenarai dalam ‘The Singapore Women’s Hall of Fame’ pada tahun 2014, dia juga tersenarai dalam ‘The World’s 500 Most Influential Muslims’ selama 5 tahun berturut turut dari tahun 2012 hingga 2016.

Dan antara yang terbaik ialah Professor Ying menerima Anugerah Mustafa yang di berikan oleh Yayasan Sains dan Teknologi Mustafa di Iran. Serta merupakan saintis pertama dari Singapura dipilih sebagai ‘Fellow of the United States National Academy of Inventors pada tahun 2017.

Kini beliau dilaporkan telah memiliki lebih 180 patten dan 32 daripadanya telah dilesenkan kepada syarikat syarikat multinational dan syarikat startup dalam bidang Perubatan Nano, kejuruteraan Tisu dan Sel.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber MHCTV You Tube

Leave a Reply

%d bloggers like this: