Suka Berganti Duka, Emas Ziyad Dibatalkan, Ukraine Dikecam Tiada Semangat Kesukanan

Sukan Paralimpik Tokyo 2021, semalam menyaksikan Atlet Paralimpik Negara Mohammad Ziyad Zolkefli berjaya memenangi pingat emas dan memperbaharui rekod dunia bagi acara lempar peluru F20 kategori lelaki.

Namun berita yang disambut gembira oleh seluruh rakyat Malaysia sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 64 itu hanya seketika sahaja apabila kemenangan Ziyad dibatalkan.

Ziyad telah didakwa oleh pasukan dari Ukraine bersama dua lagi atlet lain lewat masuk ke ‘call room’ sebelum pertandingan dimulakan.

Kesudahannya pingat emas dan rekod dunia yang baru dicipta oleh Ziyad dibatalkan. Manakala, pingat emas diberikan kepada atlet dari Ukraine.

Ini sekaligus menimbulkan kemarahan peminat sukan di Malaysia. Mereka mempersoalkan kenapa Ziyad dibenarkan untuk bertanding sekiranya beliau dari awal lagi telah melanggar peraturan.

Ramai mengecam tindakan daripada Ukraine itu sebagai tidak professional dan tidak mempunyai semangat kesukanan.

Mereka tidak mampu mengalahkan Ziyad di atas padang, tetapi mencari kesalahan teknikal yang tidak sepatutnya untuk membatalkan penyertaan atlet Paralimpik Negara tersebut, luah netizen.

Namun selain dari kita menyalahkan Ukraine, kita juga perlu membuat siasatan terhadap pegawai yang bertanggungjawab menguruskan Ziyad kerana kesalahan remeh begini tidak sepatutnya berlaku.

Walaubagaimanapun, pihak pengurusan Paralimpik Negara telah menghantar bukti dan membuat rayuan kepada pihak urusetia sukan Paralimpik Tokyo. Moga ada sinar, dan Pingat Emas dikembalikan semula kepada Mohammad Ziyad Zolkefli.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: