Viral Kisah Guru Cipta Alat Bantuan Berlari untuk Pelajar Punyai Masalah Penglihatan

Viral di media sosial, apabila video tiktok yang dimuat naik oleh seorang guru membina alat bantuan untuk pelajarnya yang mempunyai masalah penglihatan menjadi popular di media sosial.

Video yang baru 20 jam dimuat naik oleh Cikgu Azam di aplikasi Tiktok itu mendapat lebih 40 ribu tanda suka dari netizen.

Cikgu Azam mencipta alat bantuan yang seakan troli untuk seorang pelajarnya yang mengalami masalah penglihatan.

Alisya merupakan murid Cikgu Azam yang mengalami masalah penglihatan yang hampir buta. Ini membuatkan Alisya sukar untuk mengimbangi badan ketika berlari. Dengan adanya alat ini mampu memberikan keyakinan kepada Alisya untuk berlari seperti pelajar normal yang lain.

Alat yang diciptakan menggunakan paip pvc, beserta roda itu telah ditambah baik dengan cat dan rekaan yang lebih kemas oleh Cikgu Azam.

Dalam video yang dimuat naik, boleh dilihat dengan jelas kegembiraan yang terpancar di wajah Alisya apabila dia mampu berlari walaupun didalam sangkar yang digunakan untuk melindungi dari berlaku kemalangan.

Ramai netizen memberi pujian atas usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh Cikgu Azam tersebut. Penat lelah beliau ternyata membuahkan hasil apabila melihat muridnya itu kembali tersenyum dan ceria.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Tiktok Cikgu Azam

Leave a Reply

%d bloggers like this: