Wei Lun, Perjalanan Hidupnya Menyentuh Perasaan Sebelum Menjulang Pingat Pada Sukan Paralimpik Tokyo

Chew Wei Lun, 25 tahun atlet Paralimpik Negara berjaya menghadiahkan Pingat Perak kedua untuk Malaysia pada kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2021.

Chew Wei Lun yang berasal dari Johor Bharu itu tidak seperti atlet lain, perjalanan hidup beliau sangat menyentuh hati dan perasaan.

Beliau yang juga atlet untuk sukan Boccia negara itu, dibesarkan oleh datuknya apabila ibu dan ayah meninggalkan beliau ketika dia berusia 4 tahun.

Selepas itu beliau telah dihantar ke rumah penjagaan anak anak kurang upaya.

Namun kini beliau mampu tersenyum apabila berjaya membawa balik Pingat Perak pada kejohonan sukan yang paling berprestij di dunia itu.

Beliau yang di kategori sebagai atlet kurang upaya BC1 menjadi atlet Malaysia pertama yang memenangi pingat perak bagi acara sukan Boccia.

Ini adalah pingat yang ke 3 berjaya dimenangi oleh Kontinjen Paralimpik Negara setakat ini.

Sebelum itu atlet angkat berat Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan Pingat Emas bagi kategori lelaki 72 kg acara Powerlifting dengan angkatan seberat 228 kg, seterusnya Jong Yee Khie juga dalam acara angkat berat Powerlifting kategori lelaki 107 kg berjaya menghadiahkan Pingat Perak.

Walaupun begitu seorang lagi atlet harapan negara, Mohammad Ziyad Zolkefli gagal membawa pulang Pingat Emas apabila kemenangan beliau dibatalkan apabila atlet dari Ukraine membuat bantahan kerana Ziyad didakwa lewat ke ‘room call’ sebelum pertandingan dimulakan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: