Rentas Negeri, Ada Harapan untuk Balik Kampung, Sabar Tunggu Sekejap – Khairy

Sebuah Media Berita tempatan hari ini melaporkan, Menteri Kesihatan yang baharu iaitu Khairy Jamaluddin membayangkan aktiviti Rentas Negeri akan dibenarkan tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, Ahli Parlimen Rembau itu meminta agar rakyat bersabar dan memberikan sedikit masa lagi untuk kerajaan membuat keputusan yang sewajarnya.

Beliau dilaporkan berkata, ada harapan (untuk rentas negeri) namun meminta rakyat bersabar kerana ada negeri yang mempunyai ambang vaksinasi yang sedikit rendah.

Menteri Kesihatan itu juga berkata, kerajaan sekarang ini dalam proses mempertimbangkan beberapa kelonggaran operasi standard (SOP) termasuk aktiviti rentas negeri dalam masa terdekat.

Menurut Khairy pihaknya akan berbincang dengan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Pihaknya juga telah memberikan beberapa cadangan kepada MKN.

Khairy juga menyatakan pada penghujung September semua negeri dijangkakan akan mencapai ambang 60 peratus populasi dewasa yang lengkap menerima vaksinasi. Jadi beliau berharap agar rakyat boleh bersabar.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Kosmo Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: