Tular Video Perodua Myvi Hanyut Ketika Cuba Redah Banjir

‘King of Malaysia Highway’ buat hal lagi tulis netizen, itulah yang sedang tular sekarang di media sosial mengenai sebuah kereta Perodua Myvi hanyut dibawa arus banjir.

Perodua Myvi itu dirakam cuba merentasi sebuah jalan di Kionson Lama, Inanam Sabah pada petang tadi. Ketika kejadian jalan tersebut sedang dilimpahi oleh arus deras air banjir akibat hujan lebat.

Perakam dipercayai daripada kereta lain di belakang Perodua Myvi malang tersebut yang tidak berani melalui jalan tersebut kerana boleh dilihat dengan jelas arus air begitu deras dan berbahaya.

Namun tindakan terburu buru yang diambil oleh pemandu Myvi tersebut mengundang padah, apabila kereta beliau hanyut dan tenggelam dibawa arus deras disitu.

Walaubagaimanapun, nasib pemandu dan penumpang Perodua Myvi tersebut tidak dapat dipastikan lagi. Sehingga saat ini belum ada kenyataan rasmi dibuat oleh mana mana pihak.

Menurut media, kawasan pantai Sabah mengalami hujan lebat dan angin kencang sejak semalam lagi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: