Badminton Hadiah Pingat Emas Kedua, TAHNIAH CHEAH LIEK HOU

Jaguh Paralimpik Negara, Cheah Liek Hou menghadiahkan Pingat Emas kedua untuk Malaysia apabila beliau dengan mudah menewaskan atlet dari Indonesia Deva Anrimusthi pada kejohanan badminton Paralimpik di Tokyo Jepun.

Pemain badminton kelahiran Kuala Lumpur berusia 33 tahun itu hanya mengambil masa 50 minit untuk menewaskan juara bertahan yang juga pemain badminton nombor satu dunia Deva Anrimusthi.

Cheah Liek Hou, menjadi wira negara berjaya memenangi set pertama dengan 21-17 dan meneruskan kecemerlangan pada set berikutnya dengan menewaskan jaguh dari Indonesia itu dengan 21-15.

Ini merupakan Pingat Emas pertama yang dimenangi oleh skuad badminton negara pada sukan Paralimpik.

Sebelum ini pingat emas pertama telah dimenangi oleh jaguh angkat berat negara Bonnie Bunyau Gustin bagi acara Powerlifting kategori lelaki dengan angkatan seberat 228 kg.

Namun nasib tidak menyebelahi seorang lagi atlet negara iaitu Mohammad Ziyad Zolkefli kerana Pingat Emas yang dimenanginya telah dibatalkan kerana bantahan dari atlet dari Ukraine kerana lewat masuk ke ‘Call room’.

Tahniah Cheah Liek Hou, anda kebanggaan Negara. Semoga menjadi inspirasi kepada atlet Paralimpik yang lain.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: