Bayi Didera, Ditumbuk, Dicucuh Dengan Api Rokok dan Ditekup Seterika

Sebuah portal berita tempatan melaporkan seorang bayi disyaki telah didera oleh Ayahnya sendiri.

Bayi malang yang berusia 1 tahun 4 bulan itu terpaksa menahan sakit ditumbuk di muka, malah bayi itu juga didera dengan mencucuh puntung rokok.

Selain itu terdapat juga kesan dari seterika di badan bayi tersebut. Kejadian berlaku di Felda Jalor Air Kuning Selatan.

Mengikut Polis, mereka telah menahan kedua ibu bapa bayi tersebut apabila menerima laporan daripada Doktor berkenaan keadaan bayi tersebut.

Menurut pihak polis lagi, ayah kepada bayi tersebut mengaku melakukan perbuatan tersebut, ini berikutan kerana marah apabila bayi tersebut menangis.

Sehubungan dengan itu pihak Polis telah membuat tahanan reman kepada lelaki tersebut, manakala ibu kepada bayi tersebut dibebaskan.

Bayi tersebut dilaporkan dalam keadaan stabil, dan kini dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Najihah HTAN untuk rawatan lanjut dan diberikan bantuan pernafasan.

Rata rata pengguna internet meluahkan rasa simpati kepada bayi tersebut, dan ada dikalangan netizen mengutuk apa yang dilakukan oleh ayah kepada bayi tersebut kerana tergamak mendera bayi yang tidak berdosa.

Menurut pihak polis , kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) dan, Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Harian Metro

Leave a Reply

%d bloggers like this: