Tan Seri Muhyidin Yassin Dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Bertaraf Menteri

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tan Seri Muhyidin Yassin telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Seri Mohd Zuki Ali Perlantikan Muhyidin Yassin dibuat oleh para jemaah menteri yang bermesyuarat pada hari rabu yang lepas.

Beliau berkata perlantikan Tan Seri Muhyidin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara itu kerana keyakinan kerajaan kepada kemampuan Tan Seri Muhyidin Yassin untuk mengetuai strategi pemulihan negara bagi mencapai impak ekonomi yang baik serta membantu rakya keluar daripada pandemik Covid-19.

Perlantikan tersebut juga telah dimaklumkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Menurut kenyataan tersebut, pihak kerajaan mengucapkan tahniah kepada Tan Seri Muhyidin Yassin diatas perlantikan tersebut.

Tan Seri Muhyidin Yassin merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke 8, beliau memimpin negara selama 17 bulan sebelum terpaksa meletakkan jawatan kerana hilang kepercayaan daripada Ahli Parlimen.

Beliau kemudian diganti oleh timbalannya iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 9.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: