30 Tahun Berkhidmat Sebagai Paderi, Akhirnya Memeluk Islam Ketika Berusia 70 Tahun

Sekiranya Allah ingin memberikan seseorang itu Hidayah, tidak ada sesiapa yang boleh menghalang.

Begitulah yang terjadi kepada seorang Paderi dari Sweden, Leift Skjetne. Beliau telah berkhidmat sebagai seorang Paderi hampir separuh daripada usianya iaitu lebih kurang 30 tahun.

Ramai penduduk di Sweden terkejut, apabila cerita mengenai Leif Skjetne, Paderi yang berusia 77 tahun itu mengambil keputusan untuk memeluk Islam pada tahun 2017.

Seorang teman Leif Skjetne, iaitu Par Aj Persson ketika ditemuramah meluahkan merasa terkejut dan sukar memahami mengapa seorang Paderi yang sudah berkhidmat selama 30 tahun itu boleh memeluk Islam. Namun begitu hubungan beliau dan Leif Skjetne masih baik sebagai seorang kawan.

Menurut sebuah dokumentari yang dibuat, Leif Skjetne telah memeluk Islam sebelum dia meninggalkan gereja, ini bermakna ketika dia berkhidmat sebagai Paderi beliau telah memeluk Islam.

Beliau membesar di Oslo Norway, kemudian pada tahun 1984 beliau telah berpindah ke Smedjebaken, disana beliau telah berkhidmat sebagai Paderi di Norrbarke Parish selama 2 tahun.

Selepas itu beliau telah bekerja di Gereja Skilllingaryo sebagai Minister Di Aker dan Hagshult. Terakhir beliau berkhidmat sebagai Paderi di Hanger Dannas sebagai Paderi bersara.

Di sini lah bermula segalanya, apabila Skjetne diberikan tugas untuk menguruskan pelarian di Sweden. Di situ beliau telah bertemu dengan seorang pemuda Muslim bernama Abdullah seorang pelarian dari Morocco.

Skjetne mula berkawan dengan Abdullah dan mereka tinggal bersama sama. Abdullah yang kehilangan ayah telah memanggil Skjetne dengan panggilan bapa, mereka tinggal bersama lebih kurang satu tahun setengah.

Abdullah seorang muslim yang taat, melakukan solat lima kali sehari. Di sinilah Skjetne mula mempelajari dan mendalami tentang Islam. Menurut Skjetne terdapat banyak sekali persamaan antara ajaran Islam dan Kristian.

Menurut Skjetne Islam dan Kristian berkongsi Tuhan yang sama. Salah satu garis yang membezakannya ialah Jesus dan Muhammad SAW. Namun menurut Skjetne Islam mengandungi semua ajaran yang terdapat dalam Kristian.

Dikatakan Leif Skjetne telah memeluk Islam Ketika bersama dengan Abdullah pada tahun 2017, beliau telah menukar namanya kepada Ahmed Skjetne.

“Ramai orang telah memeluk Islam, namun saya mungkin Paderi yang pertama di Scandinavia yang memilih jalan kebenaran ini” Ahmed Skjetne.

Ahmed Skjetne telah membuat satu keputusan yang besar di dalam hidupnya, tidak ada seorangpun yang mampu mengubah keputusan yang dibuat oleh seorang yang berusia 77 tahun itu. Ahmed Skjetne akhirnya telah menghabiskan usia persaraannya di Morocco, dan mempraktikan hidup sebagai seorang Muslim seperti bersolat di Masjid.

Kisah perjalanan hidup Skjetne seorang Paderi yang telah berkhidmat selama 30 tahun dan akhirnya telah berhijrah dan memilih menjadi seorang Muslim ketika berusia 70 tahun itu telah diterbitkan sebagai dokumentari yang bertajuk ‘The Confession”.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber MHCTV

Leave a Reply

%d bloggers like this: