Abdul Latif Romly Muncul Wira Hadiahkan Emas Ke Tiga Buat Negara Sukan Paralimpik Tokyo 2021

Atlet Paralimpik Negara, Abdul Latif Romly menjadi wira apabila menghadiahkan Pingat Emas ke tiga buat Negara pada hari penutup sukan Paralimpik Tokyo 2021.

Kejayaan Abdul Latif memenangi Emas bagi kategori lompat jauh T20 itu sekali memberi kelegaan kepada Kontinjen Paralimpik Negara kerana berjaya memenuhi sasaran yang ditetapkan iaitu sekurang kurangnya 3 Pingat Emas.

Walaupun Abdul Latif, tidak berjaya menghabiskan lompatan ke enam beliau akibat kecederaan, namun hasil lompatan ke dua beliau sejauh 7.45 meter sudah memadai untuk beliau mengekalkan rekod pingat emas yang dimenanginya pada edisi sukan Paralimpik di Rio De Jeneiro 2016.

Manakala pingat perak dimenangi oleh Atlet daripada Greece Anthanasios Prodromou dengan catatan 7.17 meter.

Ini adalah pingat emas yang kedua dimenangi oleh negara pada hari ini, apabila pada sebelah petang jaguh badminton Paralimpik Negara iaitu Chieh Liek Hou juga berjaya menyumbangkan pingat emas setelah menewaskan juara bertahan daripada Indonesia dengan straight set.

Yang Dipertuan Agung Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara turun merakam ucapan tahniah dan penghargaan kepada Abdul Latif Romly diatas kejayaan beliau memenangi Pingat Emas.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: