Menteri Agama Jawab Dakwaan Dari Siti Kasim Isu Jam Rolex Emas

Seorang NGO yang agak terkenal Siti Kasim sebelum ini dilihat mengkritik Menteri Hal Ehwal Agama, Ustaz Idris Ahmad.

Siti Kasim menerusi Twitter memuat naik mesej seolah memerli Menteri Agama itu dengan mengatakan, Ustaz Idris kemana pun pergi akan Solat diatas lantai. Selain itu Siti Kasim juga menulis Ustaz Idris tidak memakai tag nama dalam bahasa Melayu sebaliknya menggunakan tag nama dengan tulisan Jawi.

Dalam hantaran di Twitter itu juga Siti Kasim mendakwa Ustaz Idris memakai jam tangan Emas berjenama Rolex.

Namun begitu, Ustaz Idris Ahmad memberi tindzk balas dengan memuat naik photo jam tangan yang dipakai oleh beliau. Menurut Menteri Hal Ehwal Agama itu jam berwarna emas yang dipakai itu adalah jam Buruj, yang telah lama dipakai beliau bagi memudahkan untuk menentukan arah kiblat ketika hendak solat.

“Untuk pengetahuan, jam Buruj ni lama dah saya pakai, senang nak tahu waktu solat dan arah kiblat. Boleh solat kat mana mana, dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat” Ustaz Idris Ahmad

Ustaz Idris Ahmad ialah Menteri Hal Ehwal Agama Islam yang baru dilantik menggantikan Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri. Sebelum ini tular apabila photo Ustaz Idris Ahmad sedang solat ketika hari pertama beliau masuk ke pejabatnya tersebar di media sosial.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: