Kisah Sedih Flixia Yeap, Bekas Ratu Cantik Malaysia yang Memilih untuk Memeluk Islam

Merupakan seorang Model dan bekas Ratu cantik Malaysia, Flixia Yeap Chin Yea mengejutkan ramai orang apabila beliau memilih untuk memeluk Agama Islam.

Dilahirkan di Ipoh Perak pada tahun 1986, Flixia telah menimbulkan kontroversi dikalangan umat islam dan bukan islam di Malaysia apabila bekas ‘Playboy Bunny’ yang pertama di Malaysia itu mengenakan hijab.

Flixia juga merupakan bekas seorang guru tadika sehingga tahun 2015, kemudian beliau memutuskan untuk menceburi bidang modelling selepas beliau berjaya layak ke pusingan akhir pada pertandingan ratu cantik yang terkenal di Malaysia.

Nama Flixia tersenarai dalam Miss Malaysia Tourism pada tahun 2007, dia juga mendapat First Runner up dalam pertandingan Miss Chinese World 2006. Flixia juga pernah mewakili Malaysia dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 bagi kategori ratu cantik Olimpik.

Flixia mula berubah ketika berada di puncak kerjayanya, dia mula memakai hijab pada tahun 2013. Pada mulanya dia memakai hijab untuk beberapa kali sahaja, ramai yang beranggapan itu hanyalah sebahagian daripada fesyen yang digayakan oleh Flixia.

Sebelum memutuskan memeluk Agama Islam, Flixia mengambil masa lebih kurang tujuh bulan untuk belajar dan mendalami tentang Islam. Sebelum itu, dia juga mengambil masa lebih kurang dua tahun untuk mempelajari berkenaan Agama Kristian.

Pada awal kemunculan beliau mengenakan hijab iaitu sebelum memeluk Islam dia turut dikecam oleh sebahagian orang Islam di Malaysia kerana beranggapan Flixia tidak menghormati Agama Islam.

“Saya lebih bernilai dari hanya mempamerkan tubuh badan saya. Saya lebih baik dari ini. Saya tidak merasa bangga ketika terkenal, menjadi model dan anak anak muda menjadikan saya sebagai idola mereka”

“Saya tidak menyokong perkara itu lagi. Saya berharap semua orang doakan saya Istiqomah dan berjaya dalam perjalanan hidup baru saya” Tulis Flixia di laman blognya.

Pada Julai 2013, Flexia mengumumkan di halaman Facebook milik beliau yang mempunyai seramai 800 ribu pengikut bahawa beliau akan secara rasmi memeluk Islam pada hari lahirnya.

“Saya akan memeluk Islam secara rasminya pada hari lahir saya. Saya ingin merasakan bahawa saya seakan akan dilahirkan semula pada hari tersebut” Flixia.

Pada ketika itu usia beliau telah mencecah 28 tahun, namun begitu beliau ingin mengekalkan nama Cina belia yang bermaksud ketenangan dan kecantikan yang diberikan oleh ibu beliau.

Pada permulaannya beliau dihina dan dikeji kerana keputusan tersebut, malah ibunya juga disindir oleh ahli keluarga. Namun beliau gembira kerana ibu beliau memberi sokongan dan turut gembira dengan penghijrahan yang dibuat oleh Flixia.

Walaupun sudah mengenakan hijab, namun tawaran untuk menjadi model tidak pernah berhenti. Beliau kini banyak menjadi model untuk produk Muslimah, selain itu sering muncul dalam program televisyen.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber MHCTV

Leave a Reply

%d bloggers like this: