Pemandu Lori Rempuh Myvi Hingga Penyek Rupanya Positif Dadah

Kemalangan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat di Jalan Ipoh, Sentul Kuala Lumpur petang tadi melibatkan lima buah kenderaan.

Kemalangan yang berpunca daripada pemandu lori yang hilang kawalan dan seterusnya merempuh sebuah kereta Perodua Myvi yang berhenti di persimpangan lampu isyarat di situ.

Akibat rempuhan yang kuat tersebut, badan kereta Perodua Myvi hampir penyek setelah dihimpit pula oleh beberapa kenderaan lain di hadapannya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Assistance Komisioner Sarifudin Mohd Saleh berkata pihak polis telah menahan pemandu lori terbabit untuk membantu siasatan.

Hasil siasatan, pemandu lori yang merempuh lima kenderaan itu didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin.

Menurut beliau lagi, kesemua pemandu yang terlibat dalam kemalangan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Lebih mengejutkan, pemandu kenderaan Perodua Myvi kuning yang berusia 45 tahun itu juga selamat dan tidak mengalami kecederaan serius. Ini kerana apabila melihat kesan daripada rempuhan kuat oleh lori terbabit Myvi tersebut seperti tin sardin yang dipenyek, dan boleh di kategori sebagai ‘Total Loss’.

Pemandu lori tersebut telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk tindakan lanjut. Siasatan diklasifikasikan dibawah Seksyen 44 1(A) Akta Jalan 1987, kerana memandu dibawah pengaruh dadah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Kosmo Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: