Barang Kemas Lebih RM 50K Terbuang Bersama Sampah, Wanita Ini Nekad Selongkar Lori Sampah.

Sebuah video tular hari ini menunjukkan seorang wanita terpaksa menyelongkar lori sampah untuk mencari barang kemasnya.

Kejadian dipercayai berlaku di Sikh Kedah, kelihatan seorang wanita telah pergi ke tempat pengumpulan sampah dan mencari sekotak barang kemas milik beliau yang secara tidak sengaja dibuang bersama dengan sampah.

Kalau sudah rezeki tidak kemana, wanita itu sangat benasib baik apabila barang kemas yang disimpan didalam kotak berwarna hijau itu berjaya ditemui didalam longgokan sampah yang dikeluarkan oleh pekerja kebersihan di situ.

Kelihatan beliau membersihkan kotak dan mengeluarkan barangan kemas yang disimpan di dalam kotak tersebut. Semua yang ada disitu kelihatan terkejut melihat barangan kemas yang dikeluarkan dari kotak hijau itu.

Beliau kelihatan gembira, apabila semua barang kemas yang dianggarkan bernilai lebih RM 50,000 itu masih selamat berada di dalam kotak tersebut.

Kejadian tersebut dipercayai dirakam oleh pekerja disitu dengan keizinan daripada wanita itu.

Ramai netizen yang memuji tindakan Pekerja Majlis tersebut kerana sanggup mengeluarkan semula sampah daripada lori untuk mencari barang kemas milik wanita itu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: