Kanak Kanak 6 Tahun yang Dilaporkan Hilang Semalam Ditemui Terapung Di Lombong

Portal berita Bernama melaporkan seorang kanak kanak ditemui terapung di tepi sebuah lombong di Ipoh Perak.

Kanak kanak Autisme itu, dilaporkan hilang dari rumah sejak semalam. Kanak kanak malang itu keluar dari rumahnya di Lorong Jaya, Taman Kinta Baru, Gopeng Perak dan didapati tidak pulang ke rumah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kampar, Superitendent Hasron Nazri Hashim mayat Muhammad Fayyad Ukasyah Abd Wahid ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat dari Balai Polis Gopeng dalal jarak 80 meter dari rumah keluarga mangsa.

Menurut beliau lagi, mayat mangsa telah dinaikkan oleh anggota bomba dari balai berdekatan. Hasil pemeriksaan awal tiada tanda tanda dari unsur jenayah.

Pengecaman mangsa telah dibuat oleh keluarga kanak kanak tersebut di Hospital Kampar bagi tujuan bedah siasat, dan siasatan dijalankan mengikut kes mati mengejut, kata beliau lagi.

Menurut laporan adik Muhammad Fayyad Ukasyah seorang kanak kanak Autisme yang mempunyai sikap hyperaktif, mempunyai masalah pendengaran dan tidak boleh bercakap.

Salam takziah dari kami buat ahli keluarga adik Muhammad Fayyad Ukasyah.

Status Facebook dipercayai milik Ibu Fayyad

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Bernama

Leave a Reply

%d bloggers like this: