Lama Tak Nampak Adik Fattah Anas Dekat Instagram, Ini Sebabnya…

Pasti ramai yang rindukan telatah adik Anas. Gelagat dan kepetahannya bercakap sering menghiburkan. Namun sudah agak lama kita tidak melihat video telatah adik Anas ini di media sosial.

Antara video pertama adik Anas yang viral satu ketika dulu, video yang memaparkan Anas semasa itu berusia 2 tahun masuk ke dalam sangkar kucing dan bercakap dengan ayahnya.

Selepas itu, nama Anas mula popular di media sosial. Apabila bapanya memuat naik video video telatah Anas di Instagram dan Facebook. Anas dan bapanya juga banyak menerima undangan untuk muncul dalam program di stesen radio dan television serta banyak mendapat tawaran untuk membuat review produk di Instagram.

Namun semuanya berubah apabila Bapa Anas iaitu, Mohammad Firdaus dilaporkan menghidapi penyakit misteri. Selain itu menurut Firdaus seperti yang diceritakan beliau kepada Mstar Online, Anas juga terkena tempiasnya apabila mengalami penyakit kulit dan emosi tidak stabil.

Menurut Firdaus, beliau terpaksa menjual akaun Instagram yang mempunyai lebih 1.2 juta pengikut kerana menghadapi masalah kewangan apabila tidak mampu bekerja kerana penyakit yang dialaminya.

“Saya percaya rezeki Allah. Sebelum ini pun kami tak kejar jumlah followers, tapi kami bersyukur ramai yang mengikuti saya dan Fattah Anas”

Berikut luah Firdaus, apabila ditanya mengenai keputusan beliau menjual akaun Instagram miliknya.

Beliau juga menambah ada hikmahnya untuk lepaskan Instagram tersebut, malah beliau yakin pada rezeki dan takdir yang ditentukan oleh Allah.

Kini beliau bersyukur, kerana sudah kembali pulih. Beliau ingin memulakan hidup baru dan melupakan apa yang sudah terjadi. Beliau dan keluarga telah berpindah dari rumah lama dan kini memulakan perniagaan mencetak baju secara kecil kecilan dirumah.

Bagi yang merindui adik Anas boleh ikuti akaun instagram baru milik mereka iaitu fattahanas_family dan fattahanas_family2.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Mstar Online Instagram fattahanas_family

Leave a Reply

%d bloggers like this: