Apa yang Anda Inginkan dari Budget 2022, Sila Beritahu – Tengku Zafrul

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk bersama sama memberikan cadangan dan idea mengenai budget 2022.

Budget 2022 dijangka akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada 31 haribulan October 2021, hari Jumaat jam 3 petang.

Sehubungan itu pihak Kementerian Kewangan memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia terutamanya golongan belia menyampaikan hasrat dan pandangan mereka mengenai apa yang mereka inginkan pada Budget 2022 yang akan dibentangkan nanti.

Cadangan boleh dihantar menerusi video yang dibuat menggunakan aplikasi tiktok selama 1 minit yang perlu dimuat naik dengan meletakkan hashtag #MYinculusivebudget dan #Bajet2022.

Selain itu, menurut Tengku Zafrul penyertaan juga boleh dimuat naik melalui pautan yang terdapat di laman sesawang Menteri Kewangan (MOF). Portal akan dibuka sehingga 15 September 2021.

Tengku Zafrul juga berkata setiap idea akan diambil kira, dan beliau juga berkata pihak Kementerian akan berusaha untuk merealisasikan impian para belia Malaysia.

Apa lagi, ayuh rakyat Malaysia terutamanya para belia. Ini peluang terbaik untuk sampaikan hasrat dan impian para belia semua kepada kerajaan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: