Ini Rupanya Sebab Lelaki Ini Hayun Sabit Atas Kereta Peronda Polis

Hari ini tular di media sosial mengenai video seorang lelaki yang mengamuk, kelihatan lelaki itu menghayun sabit sambil berdiri di atas kereta Peronda Polis.

Dalam kejadian tersebut pihak polis berjaya menahan lelaki yang berusia dalam lingkungan 60an tersebut. Lelaki itu bertindak agresif dengan menghayunkan galah sabit diatas kereta peronda polis di hadapan Balai Polis Gopeng.

Dengan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang bertindak menyembur semburan air ke atas suspek berjaya membantu pihak polis menahan lelaki tersebut.

Lelaki tersebut dipercayai kurang siuman, dikatakan beliau mengalami masalah tekanan mental.

Keadaan berjaya dikawal oleh pihak polis, tiada kecederaan atau perkara yang tidak diingini berlaku.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: