Kerana Mendengar Bacaan Surah Al Fatihah, Gadis Dari New Zealand Ini Menangis dan Memeluk Islam

Masihkah kita semua ingat insiden yang berlaku di Christchurch New Zealand pada 15 Mac 2019.

Insiden berdarah yang mengorbankan 51 orang dan mencederakan lebih kurang 49 orang yang lain berlaku di Masjid An Nur dipercayai dilakukan oleh seorang pengganas warga Australia.

Meghan Lovelady, gadis berusia 22 tahun turut bersama orang ramai menyertai perhimpunan solidariti untuk memberi penghormatan kepada mangsa mangsa yang terkorban akibat tragedi tersebut.

Meghan yang dilahirkan di Amerika Syarikat, kini menetap di New Zealand setelah keluarganya berpindah ke negara tersebut ketika beliau berusia 7 tahun.

Apabila mendengar Imam di masjid membacakan surah Al fatihah, Meghan ketika itu walaupun masih belum memahami maksud Surah Al-Fatihah tetapi berasa begitu terkesan, air matanya terus mengalir bila mendengar bacaan tersebut.

Walaupun beliau tidak tahu berdoa, namun dia tetap mahu menyertai Umat Islam berdoa.

“Saya hanya berdiri, dan mendengar Imam membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu air mata saya terus mengalir” Meghan.

Meghan mengakui walaupun beliau seorang Kristian, tetapi beliau bukanlah seorang yang taat beragama. Ketika berumur 15 hingga 16 tahun beliau banyak mendalami tentang agama Kristian tetapi ia tidak memberi kesan kepadanya.

Beliau juga semakin jauh daripada agama dan tidak mempercayai tuhan, ini apabila ketika berusia 17 tahun teman lelakinya meninggal dunia dilanggar oleh keretapi di depan mata beliau. Dia mempersoalkan sekiranya Tuhan itu wujud mengapa Tuhan membiarkan ini semua berlaku kepadanya dan juga orang lain.

“Setelah balik dari kerja saya akan duduk di masjid sehingga malam, saya berbicara dengan orang disitu. Saya belajar berdoa dan bertanya mereka tentang Islam” Megan.

Selepas kejadian itu, Meghan mula mengunjungi masjid dan bergaul dengan komuniti di situ. Di situ beliau mula mencari jawapan mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Meghan selepas itu telah memeluk Islam, beliau mula belajar memakai hijab selama 2 minggu, dan merasa selesa dan menyukainya.

Kisah mengenai Meghan Lovelady adalah salah satu dari ramai orang yang memilih untuk memeluk agama Islam selepas tragedi Christchurch.

Mengikut statistik yang dikeluarkan, setiap hari lebih kurang 5 hingga 7 orang penduduk di situ akan datang ke masjid untuk memeluk Islam. Selain itu setiap hari juga ramai yang akan datang ke masjid untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Islam.

Penduduk disitu berasa terpegun dengan ketenangan komuniti Islam di Christchurch menghadapi tragedi yang sungguh menyayat hati itu.

Bagi penduduk Islam mereka berpegang kepada ayat Al-Quran yang bermaksud “Daripada Allah kita datang, dan kepada Nya juga kita akan kembali” Surah Al baqarah. Setiap Muslim percaya dan bersedia suatu hari nanti kita semua pasti akan mati dan kembali kepada pencipta.

Semoga Meghan Lovelady akan terus istiqomah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber MHCTV

Leave a Reply

%d bloggers like this: