Lamborghini ‘menjerit’ Hilang Kawalan Rempuh Kenderaan Di Jalanraya

Kejadian yang berlaku di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur itu mengakibatkan kereta Proton Perdana yang dipandu oleh seorang wanita berusia 53 tahun terbalik dan merempuh beberapa kenderaan lain di hadapannya.

Viral sebuah video memaparkan sebuah kenderaan Sukan, Lamborghini dipandu laju sehingga hilang kawalan dan merempuh sebuah kereta Proton Perdana.

Kereta Lamborghini yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan yang berusia 42 tahun itu sedang menuju ke Bulatan Pahang. Kejadian pada pukul 8.40 pagi itu melibatkan beberapa buah kenderaan lain dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di situ.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Assistance Komisioner Sarifudin Mohd Saleh kesemua pemandu yang terlibat dalam kemalangan tersebut hanya mengalami kecederaan ringan dan sudah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Ujian saringan air kencing juga telah dilakukan keatas pemandu kereta Lamborghini tersebut mendapati ia adalah negatif.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: