Dos Pengalak Mungkin Akan Diberikan Kepada Rakyat Malaysia – Khairy

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin membayangkan pihak Kementerian Kesihatan mungkin akan memberikan dos penggalak kepada mereka yang sudah lengkap menerima suntikan vaksinasi.

Ini berikutan susulan peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak di beberapa negeri beberapa hari ini.

Sebagai contoh di Sarawak, walaupun kadar vaksinasi di negeri itu sudah mencapai 80 peratus, tetapi penambahan kes harian semakin tinggi.

Perkara ini berlaku berkemungkinan dari penurunan keberkesanan vaksinasi yang diberikan setelah beberapa bulan dari tempoh vaksinasi diberikan.

Menurut ahli Parlimen Rembau itu, perkara yang sama juga berlaku di Negara lain yang telah mencapai imuniti berkelompok seperti Singapura dan Israel.

Beliau juga berkata beberapa negara juga sudah mengambil langkah awal untuk memberikan dos pengalak kepada rakyat masing masing.

Khary juga berkata beliau sudah mengarahkan untuk membuat laporan dan cadangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin yang akan diadakan minggu depan.

Selepas itu barulah beliau akan berbincang dengan kerajaan negeri Sarawak mengenai strategi seterusnya untuk membendung penularan wabak COVID-19 di negeri itu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Berita Harian Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: