KJ Ucap Takziah Kepada Keluarga Pembantu Pegawai Perubatan

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di Facebook milik beliau merakam ucapan takziah kepada keluarga seorang Pembantu Pegawai Perubatan yang telah meninggal dunia akibat kemalangan.

Aidil Hamidun 27 tahun, meninggal dunia apabila Ambulan yang dinaiki beliau bersama dua orang pesakit telah bertembung dengan treler di Jalan Ayer Hitam Batu 49, Simpang Renggam kira kira pukul 8 malam.

Manakala pemandu Ambulan tersebut Othman Ghafan 50 tahun mengalami kecederaan parah.

Difahamkan Ambulan tersebut dalam perjalanan membawa pesakit dari Machap untuk dibawa ke Hospital Enche Besar Hajah Khalsom bagi menerima rawatan.

Menurut pihak berkuasa, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian mereka melihat ada kebakaran kecil di hadapan Ambulan tersebut. Beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian dilihat cuba menolong untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: