Lagi Kes Lori Rempuh 7 Kenderaan yang Berhenti di Lampu Isyarat

Terkini, sebuah lori yang hilang kawalan telah merempuh tujuh buah kenderaan yang sedang berhenti di kawasan lampu isyarat.

Lori tersebut dipercayai mengalami masalah brek dan seterusnya melanggar kenderaan lain yang berhenti di persimpangan lampu isyarat di Persiaran Bukit Rahman Putra 1, Sungai Buloh Selangor.

Menerusi video yang dirakam oleh orang awam, kenderaan yang dirempuh oleh lori tersebut mengalami kerosakan teruk.

Namun begitu kesemua pemandu yang terlibat didalam kemalangan tersebut dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

Antara kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut ialah sebuah Honda Jazz, Perodua Myvi, Trak Isuzu, Perodua Axia, dan sebuah Van Toyota Hiace.

Siasatan awal mendapati lori yang mengalami masalah brek itu gagal untuk berhenti di persimpangan lampu isyarat dan seterusnya melanggar tujuh buah kenderaan lain, walaubagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Kosmo Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: