Tidak Dapat Wang Dari Ibu, Kepala Adik Jadi Mangsa.

Sebuah portal berita tempatan hari ini melaporkan, kerana dadah seorang pemuda sanggup menikam kepala adiknya menggunakan gunting.

Kejadian yang berlaku di Beaufort Sabah itu dipercayai berpunca daripada seorang pemuda yang juga merupakan seorang penagih dadah bertindak menikam kepala adiknya akibat tidak dapat meminta wang daripada ibunya.

Suspek dilaporkan telah meminta wang dengan ibunya, disyaki untuk membeli bahan terlarang itu. Akibat gagal mendapatkan wang daripada ibunya suspek yang berusia 31 tahun itu mengamuk dengan merosakkan barangan didalam rumah.

Walaubagaimanapun kejadian itu dilihat oleh adik beliau yang berusia 25 tahun, dan bertindak menegur perbuatan suspek itu.

Tidak berpuas hati dengan tindakan adiknya, suspek bertindak menyerang adiknya dan berlaku pergelutan antara mereka, sebelum suspek mengambil gunting dan menikam kepala adiknya.

Ibu mereka yang menyaksikan pergelutan itu bertindak segera untuk meleraikan mereka.

Adik suspek mengalami kecederaan di kepala dan di dada akibat ditikam menggunakan gunting. Kemudian mangsa dibawa ke Hospital Beaufort untuk mendapatkan rawatan.

Hasil siasatan, pihak polis mengesahkan suspek seorang penagih dadah, dan memerlukan wang untuk membeli barangan terlarang tersebut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Sinar Harian

Leave a Reply

%d bloggers like this: