Dua Lelaki Lemas Disedut Paip Kolam Tadahan Lombong Bijih Timah

Sebuah portal berita tempatan melaporkan dua orang lelaki meninggal dunia akibat lemas apabila mereka terjatuh kedalam kolam tadahan lombong bijih timah di Raub Pahang.

Menurut Ketua Polis Daerah Raub, Superitendent Kamal Azurai, mangsa Siak Teck Wah 53 tahun tahun warga tempatan, dan seorang warga Indonesia Adi Piter 25 tahun terjatuh ke dalam kolam tersebut lebih kurang pukul 10.30 pagi ketika melakukan kerja kerja penyelenggaraan.

Mereka berdua dilaporkan disedut oleh paip salur keluar kolam lombong tersebut setelah mereka terjatuh kedalam kolam tadahan itu.

Menurut saksi kejadian, dia berlari ke kolam tadahan lombong itu dan melihat Siak Teck Wah jatuh ke dalam kolam tersebut bersama dengan Adi Piter dan disedut oleh paip salur keluar kolam.

Mangsa ditemui pada jam 12.30 tengahari, kaki kedua dua mangsa dilaporkan berada di dalam saluran paip tersebut.

Bagi mengeluarkan mangsa, jengkaut digunakan untuk membuka saluran kolam yang sedalam lima meter serta mempunyai pasir jerlus itu.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Kosmo Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: