Dua Penunggang Motosikal Maut, Rempuh Honda Civic Buat Pusingan U

Jeli Kelantan, kemalangan membabitkan sebuah kereta Honda Civic dan tiga buah motosikal dilaporkan berlaku di daerah Ayer Lanas, Jeli Kelantan.

Kemalangan tersebut mengakibatkan dua orang penunggang motosikal meninggal dunia. Sebuah Honda Civic dilaporkan dari Tanah Merah menghala ke Jeli telah membuat pusingan U.

Kereta tersebut kemudian dilanggar oleh tiga buah motosikal dari arah sama yang tidak sempat untuk mengelak. Akibat dari kejadian tersebut dua orang penunggang motosikal meninggal dunia ditempat kejadian, manakala seorang lagi penumpang motosikal berusia 17 tahun mengalami kecederaan parah.

Pemandu kereta Honda Civic yang berasal dari Gua Musang, berumur 36 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superitendent Ahmad Ariffin mengesahkan menerima maklumat kemalangan pada jam 11.11 pagi, dan mangsa berusia 17 dan 33 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut beliau lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Metro Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: