Pengguna Hairan, Harga Ayam Naik Mendadak

Kebiasaannya setiap kali musim perayaan harga daging ayam akan naik mendadak berikutan terdapat banyak permintaan dari pengguna.

Namun kebelakangan ini, biarpun diluar musim perayaan harga daging ayam semakin naik. Ini menjadi tanda tanya kepada pengguna mengapa perkara begini boleh berlaku.

Tinjauan mendapati di kedai runcit dan pasar basah harga ayam dijual dengan harga RM8.50 hingga RM9.00 sekilogram berbanding sebelum ini ia dijual pada harga RM6.50 hingga RM7.00 sekilogram.

Menurut peniaga yang ditemui, mereka terpaksa menjual dengan harga yang tinggi disebabkan mereka juga terpaksa membeli bekalan dari pembekal pada harga yang sangat tinggi. Menurut mereka lagi harga daging ayam ini berkemungkinan akan naik sehingga mencecah RM10.00 sekilogram.

Susulan kenaikan harga ayam di pasaran ini memberi kesan kepada pengguna, pengusaha kedai makan serta pengusaha catering.

Manakala pihak pembekal pula memberitahu harga ayam terpaksa dinaikkan kerana mereka terpaksa membayar bekalan makanan untuk ayam dengan harga yang tinggi, selain itu agak sukar untuk mereka mendapat bekalan anak anak ayam buat masa ini.

Selain harga ayam, mengikut tinjauan harga telur ayam juga naik lebih kurang 40 peratus dari sebelumnya.

Namun, di sesetengah pasaraya besar harga daging ayam masih dijual dengan harga yang rendah.

Menurut media, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan berbincang dengan beberapa pengeluar ayam utama bagi menyelesaikan isu kenaikan harga ayam di pasaran.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: