Takziah, Penunggang Motosikal Maut Langgar Lembu Di Lebuhraya

Masalah lembu dibiarkan berkeliaran di jalan raya sering kali mengundang bencana terutamanya kepada pengguna jalanraya.

Di Sungai Petani, seorang pemandu kren meninggal dunia apabila motosikal yang ditunggang beliau telah melanggar seekor lembu.

Dalam kejadian yang berlaku di kilometer 91.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran dengan Bedong, Qhairul Idham Baharuddin 27 tahun disahkan meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan dalaman.

Menurut pihak polis, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang sebuah motosikal jenis Benelli sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dari Pulau Pinang ke rumahnya di Gurun.

Setibanya di tempat kejadian, mangsa tidak dapat mengelak dan menyebabkan beliau merempuh seekor lembu yang berada di lorong kiri jalan, menyebabkan beliau terpelanting jatuh keatas sebuah kereta lain.

Lembu malang tersebut yang masuk ke kawasan lebuhraya turut dilanggar oleh sebuah kereta Persona yang dipandu oleh sepasang suami isteri, namun mereka bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: