“Allah nak Bantu Saya, Allah Sayang” Kata Pemandu Myvi Kuning yang Terselamat

Baru baru ini kita dikejutkan dengan insiden melibatkan sebuah lori merempuh sebuah kereta Perodua Myvi sehingga remuk di persimpangan lampu isyarat.

Namun ramai yang tidak menyangka pemandu Myvi tersebut boleh keluar dengan selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

Ini kerana hasil impak yang kuat Perodua Myvi yang dirempuh oleh lori yang dipandu laju tersebut melanggar pula beberapa kenderaan lain di hadapannya hingga mengakibatkan Perodua Myvi tersebut remuk dengan teruk seperti tin yang dipijak.

Nik Adlee 45 tahun ialah pemandu Myvi yang sangat bernasib baik tersebut, beliau seperti diberi peluang kedua hanya berselisih dengan maut.

Nik Adlee yang ketika itu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Bangsar ke rumahnya di Gombak. Ketika dirempuh oleh lori tersebut dalam kepalanya hanya memikirkan emak, isteri dan anak-anaknya yang masih kecil.

Kesan daripada insiden tersebut beliau mengalami trauma, hampir 4 hari selepas kejadian tersebut beliau tidak boleh melelapkan mata.

Mengenang kembali peristiwa tersebut, Nik Azlee berkata beliau sudah nampak kepala lori laju menghala ke arah kereta beliau. Namun beliau tidak sempat untuk lari dan mengelak kerana kejadian berlaku sangat pantas.

Setelah dirempuh oleh lori tersebut kereta beliau mengelunsur melanggar beberapa kereta di hadapan. Dalam keadaan tersepit, beliau hampir sesak nafas dan tidak sedarkan diri kerana tersepit oleh tali pinggang keselamatan.

Namun kata beliau “Allah nak bantu saya, Allah sayang. Sebab itu tiba tiba saya tersedar”

Hasil bantuan daripada orang ramai ditempat kejadian, Nik Adlee berjaya keluar daripada kenderaan beliau dengan selamat.

Video kejadian tersebut berjaya dirakam oleh camera daripada beberapa kenderaan lain disitu, dan telah ditonton oleh puluhan ribu pengguna di media sosial.

Hasil siasatan pihak polis, pemandu lori tersebut didapati positif memandu dibawah pengaruh dadah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Malaysiakini

Leave a Reply

%d bloggers like this: