Bapa Terpaksa Jual Anak Perempuan 4 Tahun Demi Kelangsungan Hidup

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Betapa hancurnya hati seorang ayah kerana terpaksa melepaskan anak perempuan yang baru berusia empat tahun kepada orang lain.

Begitulah apa yang berlaku di Pakistan, seorang bapa terpaksa menjual anak perempuannya yang berusia 4 tahun kepada pasangan peniaga kedai runcit yang tidak memiliki cahaya mata.

Mir Nazri, seorang bekas anggota polis di Afghanistan berkata beliau terpaksa menjual anak perempuannya untuk mendapatkan wang bagi membeli makanan kepada anak-anak dan keluarganya yang lain.

Menurut Portal berita The Sun, kanak-kanak perempuan itu dijual pada harga RM 2,408 akibat kemiskinan kepada seorang pemilik kedai runcit.

Mir Nazri berkata, beliau sanggup mati dari memberikan anak perempuannya kepada orang lain. Namun kematiannya hanya sia sia sekiranya beliau tidak dapat membantu ahli keluarganya yang lain.

Tambahan lagi, pemilik kedai runcit itu berjanji akan membenarkan dia mengambil kembali anak perempuannya itu seandainya beliau mampu untuk membayar balik jumlah harga jualan.

Menurut beliau lagi, dia dan keluarganya telah melarikan diri ke Kabul sebelum Taliban kembali menguasai Afghanistan, kini beliau bekerja sebagai pembantu di gerai di pasar namun gajinya tidak cukup hatta untuk membayar duit sewa rumah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Kosmo Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: