Bekas Pengarah Jabatan Jenayah PDRM, Tan Sri Zaman Khan Meninggal Dunia

Berita yang baru kami terima, seorang tokoh Polis Diraja Malaysia PDRM, Tan Sri Zaman Khan dilporkan telah meninggal dunia sebentar tadi di Institut Jantung Negara IJN.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu menghembuskan nafas beliau yang terakhir pada jam 10.15 pagi, Sabtu 11. September 2021.

Allahyarham sebelum ini banyak terlibat dalam kes berprofil tinggi. Antaranya dalam kes melibatkan penjenayah paling dikehendaki Botak Chin, Bentong Kali dan juga kes pembunuhan Mona Fendi.

Allahyarham dilaporkan sebelum ini telah menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur kerana mengalami pendarahan dalam usus.

Sebelum itu pada bulan lepas beliau telah dimasukkan ke unit rawatan rapi ICU di HKL apabila beliau tiba tiba pengsan ketika sedang menunggu temujanji doktor.

Tan Seri Zalan Khan dilahirkan pada 21 Disember 1941 di Pasir Mas Kelantan. Isterinya Puan Seri Datin Rosnah bt Ahmad, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Beliau merupakan Komisioner Jeneral Jabatan Penjara Malaysia pada tahun 1994 hingga 1997. Sebelum itu beliau adalah sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia. Jawatan terakhir beliau di PDRM adalah sebagai Pengarah Keselamatan Dalam Negeri.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: