Meninggal Dunia Selepas Main Badminton

Sebuah portal berita tempatan sebentar tadi melaporkan seorang lelaki meninggal dunia selepas bermain badminton.

Kejadian dikatakan berlaku di Pendang, Kedah. Lelaki tersebut dipercayai mengalami sesak nafas selepas bermain badminton di sebuah dewan badminton di Tokai.

Lelaki yang berusia dalam lingkungan 40an itu mengalami sesak nafas dan kelihatan duduk bersandar di dinding dewan badminton tersebut.

Selepas itu, beliau dikatakan tiba tiba dilaporkan tidak sedarkan diri. Kawan kawan beliau yang berada disitu bertindak menghubungi ambulans dan pihak polis bagi memaklumkan perkara tersebut.

Menurut pihak polis Daerah Pendang, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah terhadap kematian lelaki tersebut.

Jenazah lelaki tersebut kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star untuk dilakukan bedah siasat serta ujian calitan Covid-19 bagi tindakan lanjut serta bagi memastikan punca kematian.

Badminton adalah sukan yang mempunyai impak yang tinggi, tahap stamina dan kecergasan perlu ditahap terbaik. Sebolehnya setiap pemain perlu mengenalpasti keupayaan dan tahap kecergasan masing-masing agar tidak memberi tekanan yang melebihi daripada keupayaan badan kita.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Harian Metro

Leave a Reply

%d bloggers like this: