Takziah, Rider Food Panda Meninggal Dunia Eksiden dengan Axia

Seorang Pemandu Food Panda meninggal dunia apabila motosikal yang dipandu mengalami kemalangan.

Kejadian berlaku di Kuala Pilah, apabila seorang rider Food Panda tidak dapat mengelak apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta Perodua Axia.

Muhammad Afiq Rudhuan 21 tahun, dari Taman Sri Juaseh meninggal dunia di tempat kejadian di kilometer 25 Jalan Seremban – Kuala Pilah setelah mengalami kecederaan di kepala akibat kemalangan tersebut.

Pemandu Perodua Axia, seorang wanita berusia 26 tahun yang sedang dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Kuala Pilah. Akibat kemalangan pelanggaran dengan motosikal tersebut, Perodua Axia yang dipandu oleh wanita tersebut meluncur ke hadapan dan melanggar sebuah kereta lain.

Akibat dari kemalangan itu, pemandu motosikal yang juga rider Food Panda meninggal dunia, manakala kedua dua pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: