Tasik Hijau Ragut Mangsa

Kegembiraan sekumpulan anak muda berkunjung dan beriadah di Tasik Hijau bertukar menjadi mimpi ngeri apabila seorang daripada mereka lemas di tasik tersebut.

Sebuah portal berita tempatan hari ini melaporkan seorang pemuda ditemui mati lemas di dalam Tasik Hijau yang terletak di Bukit Lunchu Pasir Gudang, Johor.

Mangsa Mohd Faiz Daniel 26 tahun, datang ke tasik itu bersama sama dengan kawan kawannya untuk beriadah. Beliau walaubagaimanapun dilaporkan telah tergelincir dan jatuh ke dalam tasik tersebut sebelum hilang dan lemas.

Menurut Komander Operasi dan Menyelamat dari Balai Bomba Pasir Gudang, Timbalan Penguasa Bomba II, Ibrahim Omar berkata mangsa ditemui pada jam 2.45 petang setelah operasi menyelamat SAR dijalankan.

Pihak Bomba dilaporkan menerima panggilan pada pukul 10.22 pagi mengenai kejadian tersebut, dan 15 anggota penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

Lokasi mangsa ditemui pada jarak 30 kaki daripada tempat dia dilaporkan terjatuh, pada kedalaman tasik satu hingga 2 meter.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: