Apa yang Pegawai Polis Ini Lakukan Kepada Pemungut Barangan Terpakai Memang Tidak Disangka

Polis dan masyarakat berpisah berpisah tiada, itulah slogan yang selalu kita dengar bagi menunjukkan betapa polis dan masyarakat saling memerlukan dan bagi menggambarkan keakraban hubungan antar masyarakat dan pihak polis.

Tular satu video yang menunjukkan Seorang Pegawai Polis, Inspektor Saravanan Gunasekaran bersama rakan setugasnya Sarjan Ashrul Shafawi Jamaluddin menyantuni seorang lelaki Pemungut Barangan Terpakai.

Video yang diluat naik oleh pengguna Facebook bernama Ashrul Jamaluddin itu beetajuk Disebalik Ketegasan ada Kelembutan berjaya mencuri perhatian para netizen sehingga menjadi tular di media sosial.

Inspektor Guna dilihat menahan lelaki itu di tengah jalan yang ketika itu dilihat membawa barangan terpakai yang dipungutnya kemungkinan untuk dijual di kedai besi buruk.

Apa yang dilakukan oleh Inspektor Guna sangat mengejutkan, beliau sebaliknya memberi bantuan kepada lelaki tersebut dengan memberikan sedikit wang.

Ketika kejadian Inspektor Saravanan Gunasekaran bersama Sarjan Ashrul Shafawi Jamaluddin dari Ibu Pejabat Polis daerah Kerian sedang menjalankan rondaan di kawasan tersebut.

Syabas kepada mereka berdua dan seluruh warga IPD Kerian, Perak. Semoga usaha mereka menyantuni masyarakat menjadi teladan kepada semua pihak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Kredit Ashrul Jamaluddin

Leave a Reply

%d bloggers like this: