Ronaldo Laung Amaran Awal, Apakah Kejuaraan EPL Akan Menjadi Milik Manchester United

Penampilan pertama yang menakjubkan buat pemain bolasepak sensasi Christiano Ronaldo apabila beliau berjaya menjaringkan dua gol sekaligus membantu Manchester United menang dengan bergaya.

Pada perlawanan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi Manchester United yang melayani kunjungan Newcastle United mempamerkan aksi berbisa dengan kemenangan mudah 4-1 mengatasi kelab yang diberi jolokan The Magpies itu.

Sebuah perlawanan yang ditunggu tunggu bukan sahaja bagi peminat The Red Devil tetapi semua peminat bolasepak dunia. Ini kerana kebanyakan mereka ingin menyaksikan aksi pertama Christiano Ranaldo setelah beliau kembali menyertai Manchester United.

Pemain yang mengekalkan jersi nombor 7 itu mengamatkan suasana di Stadium Old Trafford apabila berjaya menjaringkan gol pertama beliau pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Namun begitu Newcastle United bangkit pada babak kedua permainan apabila berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Allan Saint Manquillo pada minit ke 56.

Kegembiraan Newcastle United tidak bertahan lama apabila bintang bolasepak Portugal, Christiano Ranaldo meledak gol keduanya pada penampilan pertama bersama United.

Pesta Red Devil tidak berakhir di situ, seterusnya Bruno Fernandes berjaya menjaringkan gol cantik dari luar kotak penalti. Pemain gantian, Jesse Lingard menutup kemenangan bergaya United dengan jaringan keempat hasil hantaran Paul Pogba.

Menurut pemerhati dengan kehadiran Christiano Ronaldo, Manchester United mampu memberi saingan untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: