Jemaah Wanita Kejar Pencuri Beg Tangan Dalam Masjid

Kejadian berlaku di Terengganu, seorang jemaah wanita yang sedang solat subuh di masjid dilihat mengejar seorang lelaki yang cuba mencuri beg tangan jemaah wanita di situ.

Dalam kejadian yang berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup CCTV Masjid Jamek Pengadang Baru itu, seorang lelaki yang berpura seperti perempuan masuk ke kawasan solat jemaah wanita dan sempat melarikan barangan berharga milik jemaah di situ.

Seorang jemaah yang tersedar kemunculan pencuri itu apabila suspek secara tidak sengaja memijak kain telekungnya bertindak mengejar suspek, namun suspek sempat melarikan diri dengan sebuah kereta yang siap menunggu di luar masjid.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 6.20 pagi itu, suspek yang. menutup kepala menggunakan jaket berjaya melarikan dua buah beg tangan jemaah disitu. Kerugian dianggarkan bernilai dalam RM 1,000

Ketua Polis daerah Kuala Terengganu mengesahkan mengenai kejadian tersebut, siasatan telah dijalankan dibawah Seksyen 20 Kanun Keseksaan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Kosmo Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: