Penduduk Lembah Klang Lepas Geram, Semua Tempat Peranginan Sesak

Semua tempat peranginan dan percutian di sekitar lembah Klang penuh sesak pada hari cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad semalam.

Antara tempat yang menjadi tumpuan ialah di sekitar Hulu Langat. Tinjauan media di kawasan perkelahan disitu, seperti Sungai Congkak dan Sungai Gabai dipenuhi oleh orang ramai seawal pukul 7 pagi lagi.

Kehadiran orang ramai dilihat lebih ramai dari hari hari cuti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan PKP diperkenalkan.

Situasi sama juga berlaku di kawasan pinggiran pantai sekitar Morib, ramai orang ramai mengambil kesempatan membawa keluarga keluar berjalan jalan dan berkelah di sana.

Satu lagi tempat yang menjadi tumpuan ialah di Pantai Remis Kuala Selangor. Seawal pagi Pantai Remis dikunjungi oleh warga lembah klang, mereka datang membawa keluarga untuk berkelah dan mandi manda. Antara tarikan disini selain pantai ialah kewujudan pasar yang menjual pelbagai jenis makanan serta pasar yang menjual hasil laut yang segar.

Akibat dari situasi tersebut, berlaku kesesakan yang yang luar biasa di sana. Jalan untuk masuk dan keluar dari Pantai Remis dipenuhi dengan kenderaan sehingga ada yang terperangkap dalam kesesakan melebihi satu jam.

Walaubagaimanapun, keghairahan orang ramai untuk keluar beriadah setelah lebih 90 hari terkurung di rumah masing-masing itu sedikit sebanyak mengundang kebimbangan. Seperti yang semua tahu kes positif Covid-19 di negara ini masih lagi tinggi dan belum menunjukkan kepada penurunan yang konsisten.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: