SMAHI Grup Masakan Lelaki Paling ‘Cool’ Mula Disertai Golongan VIP

Suami Masak Apa Hari Ini? atau lebih dikenali dengan SMAHI adalah grup facebook masakan yang ditubuhkan khas untuk lelaki yang bergelar suami atau bakal suami.

Grup yang kini mempunyai seramai 312,000 ahli yang terdiri daripada semua lelaki itu sangat aktif. Bermacam jenis masakan dan pelbagai menu dikongsi bersama sama dengan ahli. Mereka dilihat saling membantu, berbalas komen secara berjenaka dan sentiasa positif.

Siapa sangka kaum lelaki juga sangat hebat dalam memasak, malah kebanyakan resepi yang dikongsi sangat menarik dan tidak keterlaluan jika dikatakan setanding malah mungkin lebih hebat dari masakan para wanita.

Walaupun kini grup SMAHI mula disertai oleh ramai VIP serta orang kenamaan dari pelbagai parti politik, namun mereka semua dilayan sama seperti ahli yang lain. Ketepikan urusan politik walau siapa pun mereka, di SMAHI semuanya bersaudara.

Terbaru Grup SMAHI disertai oleh Menteri Besar Pahang, Dato Seri Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Antara VIP yang telah menyertai grup SMAHI ialah Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Haji Muhammad Sanusi Md Nor. Beliau juga dilihat sering berkongsi video mengenai masakan di dalam grup tersebut.

Selain itu antara VIP yang aktif berkongsi masakan di grup SMAHI ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Haji Idris Ahmad.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, yang juga mantan Menteri Hal Ehwal Agama Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri juga merupakan ahli grup SMAHI.

Selain itu, grup ini juga aktif dalam memberikan bantuan seperti barangan keperluan asas kepada ahli ahli grup dan orang ramai yang terjejas akibat Pandemik Covid-19.

Disamping itu, mereka juga ada menjual pelbagai cenderahati untuk dimiliki oleh ahli ahli grup, antaranya seperti apron, topi dan pelbagai lagi barangan yang dikeluarkan secara eksklusif.

Antara watak yang popular dan sering menarik perhatian setiap kali mereka membuat posting di dalam grup ini ialah Abah dan Yayar.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Grup Fb SMAHI

Leave a Reply

%d bloggers like this: