Yang Menang Tidak Menang Semua, Yang Kalah Tidak Kalah Semua

Yang Dipertuan Agung, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Bangunan Parlimen sebentar tadi pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen.

Keberangkatan tiba Yang Dipertuan Agung disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Yang Dipertua Dewan Negara dan juga Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Dalam ucapan pembukaannya Baginda bertitah, perlantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 9 adalah mengikut perkara yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan setelah beliau mendapat kepercayaan daripada 114 orang ahli Parlimen.

Yang Dipertuan Agung juga percaya Kerajaan yang baru dibentuk boleh membuktikan pencapaian seawal 100 hari. Oleh itu Kerajaan perlulah melipat gandakan usaha untuk memerangi Covid-19 dan membawa rakyat dan negara keluar dari Pandemik tersebut.

Agung juga menasihati agar semua pihak mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam menyelesaikan apa juga masalah.

Kerjasama dwipartisan yang diterapkan oleh Kerajaan bakal merubah landskap politik dan juga merubah dalam sistem pentadbiran negara ke arah yang lebih baik.

Selain itu Yang Dipertuan Agung juga bertitah agar Kerajaan menumpukan kepada usaha meningkatkan infrastruktur jalur lebar seluruh negara bagi mencapai ekosistem digital yang lebih baik.

Baginda juga sebelum itu menzahirkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tan Seri Muhyidin Yassin serta barisan Jemaah Menteri diatas usaha menerajui negara di kala Pandemik Covid-19.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: