Ketua Komisi Penyiaran Indonesia Dakwa Upin Ipin Propaganda Malaysia

Kasihan kepada dua orang anak yatim piatu Upin dan Ipin, sejak kecil mereka kehilangan ayah dan ibu. Kini mereka tinggal bersama Opah mereka yang sudah pun meningkat usianya.

Opah bekerja sebagai penoreh getah bagi menampung perbelanjaan hidup mereka semua. Selain itu Upin dan Ipin juga mempunyai seorang kakak yang garang tetapi sangat baik hati. Kak Ros mengambil upah membuat kueh dan menjahit pakaian.

Upin dan Ipin mempunyai kawan kawan yang terdiri daripada pelbagai kaum, ada Cina, India, Melayu serta ada sahabat mereka dari Indonesia.

Mereka selalu bermain bersama sama, ke sekolah bersama sama, ke masjid juga bersama sama. Boleh dikatakan kehidupan seharian mereka dipenuhi dengan perkara yang baik dan positif.

Namun agak mengejutkan, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Komisi Penyiaran Indonesia, Agung Suprio dalam satu program bual bicara beliau menegaskan Upin dan Ipin adalah satu Propaganda daripada Malaysia.

Tidak dapat dinafikan siri kartun animasi Upin dan Ipin sangat popular dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk di Indonesia.

Walaupun begitu, menurut Agung Suprio propaganda tersebut adalah dari sudut positif malah tidak salah sama sekali. Menerusi kartun Upin dan Ipin Malaysia menunjukkan kepada negara luar mereka hidup aman dan damai walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Daripada siri kartun animasi Upin dan Ipin Malaysia mampu menarik pelancong asing untuk datang ke Malaysia.

Menurut beliau lagi, Indonesia jauh tertinggal kalau dibandingkan dengan Malaysia mengenai pembikinan kartun animasi sehebat Upin dan Ipin.

Siri animasi Upin dan Ipin antara siri animasi dari Malaysia yang paling berjaya di Indonesia, ini sedikit sebanyak menyumbang kepada keakraban hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: