Lagi Kes Pemandu Melawan Arus Di Bawah Pengaruh Arak

Kes melibatkan pemandu membawa kenderaan dengan melawan arus akibat pengaruh dadah dan arak bagaikan tiada berkesudahan.

Semalam media melaporkan seorang lelaki ditahan kerana membawa kenderaan dengan melawan arus di Lebuhraya Kesas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan mengesahkan menerima laporan sebuah kenderaan jenis Toyota Vios dipandu secara melawan arus di Lebuhraya Kesas dari persiaran Bandar Puteri sehingga ke Tol Kota Kemuning.

Lelaki tersebut kemudian ditahan oleh Polis Peronda Lebuhraya, hasil siasatan mendapati lelaki tersebut membawa kenderaan dibawah pengaruh alcohol.

Sebelum ini, pada minggu lepas kita telah dikejutkan dengan kematian dua remaja akibat dirempuh oleh sebuah Mitsubishi Triton yang dipandu secara melawan arus di Lebuhraya Persekutuan berpunca daripada pemandu yang berada dibawah pengaruh dadah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Juga Perkhidmatan Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Bernama

Leave a Reply

%d bloggers like this: